Assalammualaikum....Salam 21 Ramadhan 1435H
Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi membaca entry saya kali ini. Saya merupakan graduan dari universiti tempatan yang terletak di Johor iaitu Univeraiti Tun Hussien Onn Malaysia, UTHM. Saya adalah pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian. Saya telah berkecimpung di dalam bidang construction sudah hampir 5 tahun iaitu semasa saya menuntut di Politeknik lagi. Saya amat meminati bidang ini dan kemudian saya mengambil keputusan memilih untuk belajar subjek Project Management sebagai subjek major saya di Universiti....ini kerana saya menyedari bahawa pengurusan projek di tapak bina sangat penting masa kini. Selepas saya bergraduan, saya bekerja sebagai Project Engineer di salah sebuah syarikat bumiputera di Pulau Pinang. Dengan kebolehan saya dalam menyediakan CPM, saya di ambil kerja di syarikat tersebut. Di situ saya dapat menyelia beberapa projek Kerajaan Perseketuan dan juga Kerajaan Negeri. Saya mempunyai pengalaman menyediakan CPM ini untuk beberapa projek syarikat dan selain itu saya juga telah menyediakan CPM bagi beberapa projek luar (freelancer).